Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    97 pelari uji stamina dalam Bukit Sawat Adventure Run 2025

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 26 OKT – Seramai 97 pelari dari seluruh negara dan luar negara menguji stamina dan daya tahan mereka dalam meredah denai hutan tebal yang terdapat di seluruh kawasan pedalaman Belait sebagai sebahagian daripada pertandingan Bukit Sawat Adventure Run 2025 Road & Trail.

    Pertandingan yang bermula di padang Sekolah Rendah Orang Kaya Pemancha Berandai, Kampung Bukit Sawat hari ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim (MPM) Bukit Sawat, dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bukit Sawat dan Kampung Merangking serta Pejabat Daerah Belait.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan pelepasan pertandingan itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) juga selaku Penghulu Mukim Bukit Sawat, Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman.

    Turut hadir, Ahli MMN juga selaku Ketua Kampung Bukit Sawat, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

    Pada acara itu, para pelari yang mengambil bahagian telah bertanding dalam empat kategori iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Veteran, Wanita Terbuka dan Wanita Veteran, di mana mereka ditugaskan untuk menamatkan laluan sepanjang 13 kilometer yang berliku-liku merentasi hutan hujan, di atas laluan berturap curam hingga ke laluan batu dan kerikil yang tidak rata, di mana ia menawarkan cabaran unik bagi para pelari yang berusaha mengekalkan stamina dan tenaga mereka untuk sampai ke garisan penamat.

    Penyampaian hadiah kepada tiga pemenang teratas dalam setiap kategori kemudiannya disempurnakan oleh tetamu kehormat. Dua anugerah khas juga diberikan kepada Last Runner Standing untuk pelari lelaki dan wanita yang mengambil bahagian.

    Selain itu, terdapat juga cabutan bertuah semasa pertandingan itu, di mana para pelari terpilih masing-masing turut menerima hadiah.

    Yang Berhormat Haji Mohd Salleh semasa menyempurnakan pelepasan bagi pertandingan itu. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    ATAS & BAWAH : Yang Berhormat Haji Mohd Salleh menyampaikan hadiah kepada pemenang teratas pada pertandingan berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bergambar ramai dengan sebahagian daripada para pemenang teratas pada pertandingan itu. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda