Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    999 Peminat dibenarkan saksikan perlawanan

    BERLIN, 20 OKT – RB Leipzig dibenarkan untuk menyambut 999 peminat ke Stadium Red Bull Arena untuk perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara menentang Istanbul Basaksehir esok.

    Walaupun terdapat banyak kes jangkitan COVID-19 di seluruh Jerman, pihak berkuasa kesihatan tempatan di Leipzig telah memberikan kebenaran sehingga 999 penonton untuk hadir, mengurangkan daripada jumlah 8,500 peminat yang dibenarkan untuk perlawanan di Bundesliga.

    Kadar jangkitan COVID-19 sepanjang tujuh hari di Leipzig kelmarin mencecah 20 per 100,000 penduduk, jauh lebih rendah daripada Berlin dengan 87 orang dan Munich dengan 70 orang.

    Juara bertahan Liga Juara-Juara, Bayern Munich akan menentang Atletico Madrid di belakang pintu tertutup esok di Stadium Allianz Arena.

    Pemimpin Bundesliga, Leipzig ingin mendapatkan kemenangan awal sebelum menentang Manchester United, kemudian menjadi tuan rumah menentang Paris Saint Germain (PSG) yang mengalahkan mereka di separuh akhir musim lalu dalam beberapa minggu lalu.

    Stadium Red Bull Arena di Elsterbecken di mana perlawanan Kumpulan H Liga Juara-Juara RB antara Leipzig dan Istanbul Basaksehir akan dilangsungkan dengan disaksikan oleh 999 orang peminat. – AFP

    “Kami tahu kami berada dalam kumpulan yang penuh mencabar,” kata jurulatih Leipzig, Julian Nagelsmann.

    Leipzig mencapai ke separuh akhir pada awal tahun ini dengan menewaskan Tottenham dan Atletico Madrid, setelah mara peringkat kalah mati buat pertama kalinya.

    “Rasa aneh bahawa ia bermula lagi sekarang, tetapi kami menantikannya,” kata Nagelsmann, hanya 63 hari setelah kekalahan mereka oleh PSG.

    Leipzig sebelum ini meraih kemenangan 2-0 yang mengagumkan menentang Augsburg pada Sabtu lalu untuk terus berada di puncak Bundesliga.

    “Kami menjadi lebih baik dengan bola dan serangan balas kami telah bertambah banyak,” kata penjaga gol Peter Gulacsi.

    “Kami semua lapar dan kami melihat apa yang dapat dicapai musim lalu.”

    Pemain tengah Mali, Amadou Haidara dijangka kembali ke Leipzig jika dia disahkan negatif COVID-19, setelah terlepas perlawanan menentang Augsburg setelah menjalani ujian positif. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda