MOSCOW, 23 NOV – Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) akan adakan sidang tergempar di Angola pada esok 24 November bagi membincangkan pelan damai Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk Ukraine, kata Presiden Majlis Eropah (EU), Antonio Costa kelmarin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Usaha masih diteruskan. Saya telah menjemput semua 27 pemimpin EU untuk menghadiri mesyuarat khas mengenai Ukraine di luar Sidang Kemuncak EU-AU (Kesatuan Afrika) di Luanda pada Isnin,” kata Costa dalam kenyataan di platform X.
Dalam kenyataan bersama, para pemimpin EU dan sekutu mereka berkata pelan damai Trump untuk Ukraine mengandungi ‘elemen penting’ dan boleh dijadikan asas untuk dibangunkan. Mereka berkata mereka bersedia terlibat bagi memastikan perdamaian masa depan yang mampan. – Bernama


