Penerbit drama Datuk A Aida, mengaku sudah bercerai talak satu pada 25 April lalu selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga.
A Aida yang mendirikan rumah tangga buat kali keempat dengan pelakon Ariff Aziz memaklumkan perkara itu dalam majlis Sesi Hati Ke Hati Bersama Datuk A Aida di sebuah hotel baru-baru ini.
A Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003.
Dia seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis pada 2007. Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun butiran perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan. – Agensi