Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    A. Aida tidak selesa suami orang jeling gatal

    Penerbit Malaysia, Datuk A. Aida memberi amaran kepada lelaki yang sudah bergelar suami supaya menjaga kelakuan dan pandangan mata daripada melihat wanita lain.

    Memetik laporan mStar, menurut A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, lebih mengecewakan apabila lelaki berkenaan melakukan perbuatan tidak sopan itu ketika berada bersama isteri.

    “Saya mahu berpesan kepada suami-suami di luar sana, senakal-nakal kita pun janganlah berkelakuan tidak elok di depan isteri.

    “Jagalah perasaan dan hormati mereka. Cover sikitlah perangai gatal tu,” katanya ketika dihubungi mStar, kelmarin.

    1. Aida berkongsi perkara itu ketika diminta mengulas kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya sebelum ini.

    Berkongsi pengalamannya, A. Aida berkata beliau tidak selesa apabila menerima pandangan ‘gatal’ berkenaan.

    “Situasi ini sebenarnya memang dah kerap kali berlaku tetapi tempoh hari saya menyampah melihat seorang lelaki ini terlalu jelas memandang saya.

    “Saya duduk di sebelah meja lelaki itu dan matanya asyik memandang saya. Isterinya di sebelah pun tak selesa dan seperti marah-marah. Bini ada dekat sebelah, tapi mata tu asyik pandang saya,” ujarnya.

    Penerbit drama Sekali Lagi Cinta ini turut memberitahu beliau dapat membaca pandangan yang diberikan oleh lelaki itu sama ada berniat baik atau tidak.

    Jelas A. Aida, beliau tidak kisah sekiranya pandangan tersebut diberikan oleh lelaki bujang malah dirinya tidak keberatan untuk memberikan senyuman sekiranya mereka bukan bergelar suami orang.

    “Apa yang membuatkan saya tidak selesa, yang memandang itu semuanya sudah beristeri. Kalau bukan suami orang, saya tak kisah.

    “Saya ini seorang penulis skrip. Orang punya mimik muka saya dah boleh baca.

    “Saya benganglah dia macam tak hormat isteri dia. Saya memang pantang lelaki seperti ini,” katanya. – Bernama

    A. Aida memberi amaran kepada para suami untuk menjaga perasaan isteri. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...