Thursday, January 23, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AADK Sarawak hijaukan enam kawasan berisiko tinggi penyalahgunaan dadah

    SIBU, 22 JAN – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak berjaya menghijaukan enam kawasan berisiko tinggi (KBT) penyalahgunaan dadah melalui Program Inisiatif Pengurangan KBT yang dilancarkan sejak 2021.

    Pengarahnya, Abdul Hamediee Ibrahim berkata enam kawasan itu ialah Matang dan Haji Baki di Kuching, Kampung Baru dan Tanjung Bundong (Samarahan), Bekenu dan Batu Niah (Miri).

    Beliau berkata lanjutan daripada program berkenaan yang akan berakhir tahun ini membawa kepada Indikator Dadah Terkawal 2025.

    “Bagi Sarawak, kadar prevalen adalah masih terkawal iaitu pada kadar 369 orang daripada 100,000 penduduk berbanding kadar prevalen peringkat antarabangsa antara 400 orang daripada 100,000 penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Terdahulu, beliau menghadiri Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) melibatkan 260 pekerja syarikat kontraktor penyelenggaraan Loji Hidroelektrik Bakun (Bakun HEP) yang berlangsung dua hari di Belaga dan berakhir pada Isnin.

    Program TEKAD adalah lanjutan daripada pelaksanaan program TEKAD Sarawak Energy Berhad (SEB) melibatkan 1,019 petugas dan telah dilaksanakan pada penghujung 2024. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda