Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia

    KUALA LUMPUR, 3 JUN – Atlet ski air Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah telah menerima jemputan daripada Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Antarabangsa (IWWF) untuk bertanding di Kejohanan Dunia di Birmingham, Alabama Amerika syarikat (AS) yang dijadualkan pada 7 hingga 17 Julai.

    Aaliyah, 18, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia berkata beliau merupakan seorang daripada lapan atlet luncur air yang akan bertanding dalam acara ‘tricks’ wanita. Beliau berkata beliau juga salah seorang daripada atlet luncur air dari Asia yang akan bertanding, dengan seorang lagi atlet ialah Saaya Hirosawa dari Jepun, yang akan bertanding dalam acara ‘jump’.

    “Walaupun kekurangan latihan sejak lebih dua tahun akibat wabak koronavirus, saya rasakan yang saya kini berada dalam langkah yang tepat dan meningkat semula selepas memulakan latihan secara konsisten.

    “Saya percaya saya mampu berada dalam 10 terbaik dalam acara ‘tricks’ wanita terbuka dan dalam kategori keseluruhan. Cuma peluncur dari AS, Amerika Selatan dan Eropah mempunyai lebih banyak kejohanan setiap bulan berbanding saya, yang menyebabkan ranking mereka lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

     Aaliyah berkata beliau mahu cuba menempatkan dirinya pada kedudukan lima terbaik pada Kejohanan Dunia tersebut dan tentunya akan lakukan yang terbaik bagi meningkatkan lagi kedudukan rangkingnya.

    Selain itu, sebagai persediaan beliau untuk Kejohanan Dunia tersebut, Aaliyah akan berlepas ke Florida, AS pada 9 Jun ini. Di mana beliau akan berlatih di Pickos Waterski School dan berlatih di bawah bekas juara dunia dan pemegang rekod dunia, Cory Pickos. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia

    CANBERRA, 9 JUN - Kucing peliharaan membunuh ratusan juta haiwan asli Australia setiap tahun, lapor Xinhua memetik penyelidikan Australia. Menurut laporan baharu Majlis Biodiversiti, Majlis Spesies...
    - Advertisment -