Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aamir Khan enggan ulas soal agama

    Pelakon Bollywood, Aamir Khan, 60 memilih untuk tidak mengulas mengenai kepelbagaian agama dan kepercayaan masyarakat India.

    Memetik laporan Utusan Malaysia, kata pelakon filem Dhoom 3 itu, agama merupakan hal sensitif yang mengundang bahaya sekiranya diulas secara terbuka.

    “Agama adalah topik sensitif yang tidak saya bualkan secara terbuka.

    “Pada masa yang sama, ia juga hal peribadi setiap individu.

    “Saya menghormati semua orang dan agama yang mereka anuti,” katanya kepada portal Lallantop.

    Aamir yang beragama Islam berpandangan, masyarakat India tidak seharusnya dibeza-bezakan mengikut agama, sebaliknya diraikan sebagai sebuah negara bangsa.

    “Bila berjumpa individu lain, saya tidak membeza-bezakan mereka mengikut latar belakang agama.

    “Sebaliknya saya hanya menilai mengikut keperibadian mereka,” katanya lagi. – Agensi

    Aamir tidak ulas soal agama secara terbuka. – India.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda