Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Aamir Khan sedia tanggung kerugian RM56 juta

    Filem terbaharu lakonan Aamir Khan berjudul Laal Singh Chaddha gagal mendapat kutipan memberangsangkan di pawagam sehingga pihak produksi mengalami kerugian.

    Mahu bertanggungjawab atas kerugian tersebut, Aamir mengambil keputusan untuk melepaskan semua bayaran yang diterima untuk penglibatan dalam filem tersebut.

    “Jika Aamir mengambil bayaran yang sepatutnya, pihak produksi akan mengalami kerugian sebanyak kira-kira RM56 juta. Bagaimanapun Aamir membantu untuk kurangkan kos kerugian.

    “Aamir menghabiskan masa selama empat tahun untuk terlibat dalam filem ini namun dia tidak ambil sebarang bayaran.

    “Aamir menyalahkan dirinya sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan filem tersebut,” kata satu sumber seperti yang dipetik dari Bollywood Hugama.

    Filem tersebut juga sebelum ini menerima kecaman banyak pihak kerana dikatakan mencemarkan imej pasukan tentera India.

    Laal Singh Chaddha yang mula ditayangkan pada 11 Ogos lalu turut menampilkan pelakon Kareena Kapoor dan hanya berjaya meraih kutipan kurang dari RM33 juta. – Agensi

    Aamir mengambil keputusan untuk melepaskan semua bayaran yang diterima untuk penglibatan dalam filem Laal Singh Chaddha.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...