Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api

    Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Juri mengumumkan keputusan itu selepas perbincangan singkat di mahkamah Los Angeles pada Selasa.

    A$AP Rocky, atau nama sebenarnya Rakim Mayers, 36, berdepan dua pertuduhan melakukan serangan dengan senjata api di Hollywood pada November 2021.

    Rocky didakwa mengacukan pistol dan melepaskan tembakan ke arah bekas rakannya, A$AP Relli ketika pertengkaran, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan di tangan.

    Bagaimanapun, peguam bela A$AP Rocky berhujah bahawa senjata itu hanyalah ‘pistol prop’.

    Dua anggota kumpulan hip-hop A$AP Mob turut memberi keterangan menyokong dakwaan itu.

    Pasangannya, penyanyi terkenal Rihanna hadir pada beberapa sesi perbicaraan yang berlangsung selama beberapa minggu. – Bernama

    A$AP Rocky semasa perbicaraannya di Los Angeles pada 14 Februari. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Mahkamah umum tarikh sebutan semula kes mekanik bunuh kanak-kanak

    KUCHING, 21 NOV - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan...

    Kes pecah rumah: Mahkamah kurangkan hukuman penjara

    Oleh Daniel Lim -  BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV -...

    Empat dipenjara dalam kes ‘kelab kecergasan’

    STOCKHOLM, 18 NOV – Mahkamah di Stockholm hari ini...

    Kes bunuh: penjaga sekolah Bosnia dipenjara 42 tahun

    SARAJEVO, 17 NOV - Seorang penjaga sekolah menengah di...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...