Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaradhya warisi kecantikan Aishwarya Rai

    Anak tunggal pasangan terkenal, Aishwarya Rai dan Abishek Bachchan, Aaradhya Bachchan merupakan antara si cilik Bollywood yang menjadi perhatian. Kelibatnya mengundang mata jurufoto dan peminat yang tidak jemu-jemu mahu merakam gambar.

    Dilahirkan pada 16 November 2011, Aaradhya hadir dalam kehidupan ibu bapanya selepas empat tahun usia perkahwinan mereka. Bakal menginjak usia 12 tahun penghujung tahun ini, si cantik itu menjadi pendamping setia ibunya ke mana sahaja.

    Salah satu penampilan rasmi bersama ibunya yang paling diingati adalah ketika menghadiri pembukaan Pusat Kebudayaan Nita Ambani pada Mac lalu. Aaradhya yang tampil hampir sama tinggi dengan ibunya biarpun masih kecil menarik perhatian ramai, kongsi Media Hiburan.

    Memiliki mata yang galak dan stail rambut panjang hitam pekat sama seperti ibunya, Aaradhya ternyata mewarisi kecantikan Aishwarya yang merupakan bekas Miss World 1994. Bak kata pepatah ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’.

    Tahun lalu ketika menyambut hari kelahirannya yang ke-11, satu sambutan meriah telah diadakan bersama teman rapat dan kaum keluarga. Mengambil kesempatan menyatakan rasa sayang terhadap Aaradhya, Aishwarya memuat naik sekeping gambar di Instagram dengan kenyataan berbunyi: My love, my life, I love you, my Aaradhya.

    Namun tidak semuanya indah apabila hidup sebagai anak orang terkenal. Populariti yang dikecapi sebagai waris keluarga seni prolifik India menjadikan dia subjek dalam laporan tabloid dan adakalanya berita tidak benar sengaja disensasikan bagi meraih bacaan dan tontonan. – Agensi

    Aaradhya bersama ibunya, Aishwarya Rai. – bollywoodshaadis
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda