Friday, February 21, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron Aziz kuarantin di rumah

    Pelakon Datuk Aaron Aziz disahkan positif COVID-19 selepas pulang daripada menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah bersama keluarga, baru-baru ini.

    Menurut pelakon KL Gangster itu, biarpun sudah empat hari menjalani kuarantin di rumah. Dia masih belum pulih sepenuhnya daripada virus tersebut.

    “Saya sudah pulang daripada mengerjakan umrah empat hari lalu dan disahkan positif COVID-19,” ujarnya.

    “Walaupun sudah empat hari menjalani kuarantin, tetapi sehingga sekarang masih belum baik lagi,” katanya menerusi perkongsian di akaun Instagram.

    Dalam pada itu, Aaron turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri apabila keluar rumah.

    “Saya nasihatkan pada orang di luar sana terutamanya mereka yang berada di Malaysia dan Singapura bahawa COVID masih lagi ada di sekeliling kita.”

    “Jangan fikir virus ini sudah tidak ada atau anggap ia satu kebiasaan dalam hidup kita seperti selesema biasa.”

    “Apabila keluar rumah, tolong pakai pelitup muka dan jaga kebersihan, terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak kecil,” katanya.

    Aaron dan keluarga berangkat ke Tanah Suci dan mengerjakan ibadah umrah pada hujung Disember lalu. – Agensi

    Aaron menasihatkan orang ramai agar sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri apabila keluar rumah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda