Monday, February 24, 2025
32.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron Aziz minta pempengaruh berhenti cakap hal orang lain

    Pelakon Datuk Aaron Aziz kurang senang dengan lambakan pempengaruh serta golongan artis yang gemar menggunakan medium media sosial bagi bercakap tentang kehidupan orang lain.

    Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata, hasil pemerhatiannya perkara itu semakin berleluasa yang ada di antara mereka hanya tahu berlagak kreatif dan bijak dalam semua hal.

    “Sekarang ini ramai sangat ‘content creator’ dan artis suka cakap fasal orang. Jaga tepi kain awak sendiri sudahlah.

    “Konon terpaling kreatif dan bijak,” katanya menerusi luahan di Instagram.

    Dalam pada itu, Aaron berpendapat pempengaruh mahupun selebriti sepatutnya menggunakan kelebihan dikenali ramai dengan menghasilkan kandungan bermanfaat di media sosial.

    Malah Aaron turut memuji pempengaruh Khairul Aming yang berjaya menjadikan karier sebagai ‘content creator’ sebagai sebuah jenama perniagaan yang berjaya.

    Pandangan pelakon kelahiran Singapura itu turut disokong warganet yang bersetuju dengan pandangannya.

    Ramai merasakan tindakan suka mencampuri hal peribadi orang lain adalah perkara tidak wajar apatah lagi ia dilakukan oleh figura dikenali.

    “Menggunakan nama sahaja dah salah, belajar adab dahulu sebelum cipta kandungan video di media sosial.

    “Sebab itu sebelum ini wujudnya pepatah sebelum tulis atau bercakap fikir dahulu.

    “Setuju dengan Aaron, meluat dengan perangai orang yang suka sibuk hal orang lain,” tulis warganet. – Agensi

    Aaron (kiri) saran pempengaruh contohi Khairul Aming. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda