Wednesday, December 18, 2024
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron Aziz sedih seorang diri di rumah

    Pelakon Malaysia, Datuk Aaron Aziz mengakui hidupnya berasa sunyi tanpa isteri dan anak-anak di sisi.

    Memetik dari mStar, meskipun memiliki kemewahan dan harta benda, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata segalanya tiada erti jika dia tanpa keluarga.

    “Hari ini saya bangun rasa sedih. Hidup ini kalau tanpa keluarga dan anak-anak memang tiada apa-apa.

    “Walaupun ada rumah, ada kereta ada harta, ada apa semua tapi kalau tiada keluarga dan anak, memang tiada makna,” katanya.

    Aaron berkongsi luahannya itu dalam satu hantaran menerusi Instagram pada kelmarin.

    Dalam rakaman video itu, Aaron memberitahu dia seorang diri di rumah kerana isterinya Diana Halik dan anak, Dahlia Arissa pulang ke kampung halaman.

    Manakala, anak pertamanya iaitu Danish Anaqi kini berada di kem tentera dan Dwi Ariani pula di kolej.

    Dengan ekspresi wajah sedih, Aaron menunjukkan persekitaran rumahnya yang kosong dan memanggil nama ahli keluarganya namun tidak bersahut.

    “Hari ini saya seorang dekat rumah. Diana dan Dahlia balik kampung. Dwi dekat kolej, Danish dekat kem tentera.

    “Ini keadaan dekat rumah. Walaupun besar, namun ia sangat tidak bermakna tanpa keluarga,” ujarnya.

    Untuk rekod, Aaron telah mendirikan rumah tangga bersama Diana pada 2003 dan dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 18, Dwi Ariana, 17, dan Dahlia Arissa, 13. – Agensi

    Hidup Aaron Aziz seperti tiada apa-apa tanpa keluarga. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda