Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Aaron Chia, Wooi Yik sudah bersedia

    KUALA LUMPUR, 30 NOV – Penyandang juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sudah bersedia untuk beraksi di kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok, Thailand minggu depan.

    Aaron berkata persiapan untuk kejohanan terakhir mereka tahun ini berjalan dengan baik, namun ketika ini beliau enggan menyatakan sasaran beliau dalam kejohanan itu.

    “Kami sudah bersedia untuk ke Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 minggu depan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi kelmarin.

    Antara yang turut akan bersaing di Bangkok nanti ialah pasangan nombor satu dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (Indonesia), Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi (China) dan gandingan profesional Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

    Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky sebelum ini dilaporkan berharap Aaron-Wooi Yik serta pasangan beregu wanita nombor satu Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah dapat melepasi saingan peringkat kumpulan di kejohanan itu nanti.

    Kejohanan Jelajah Dunia Finals BWF yang menawarkan hadiah wang berjumlah AS$1,500,000 itu akan berlangsung di Arena Nimibutr dari 7 hingga 11 Disember. – Bernama

    Aaron berkata persiapan untuk kejohanan terakhir mereka tahun ini berjalan dengan baik. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...