Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron panas lelaki malukan warga emas

    Sikap biadap seorang lelaki meninggikan suara terhadap lelaki warga emas di sebuah pusat transit gelandangan di sini, yang tular hari ini mencetuskan kemarahan pelakon Datuk Aaron Aziz.

    Aaron yang dikenali menerusi watak Malek dalam filem KL Gangster meluahkan perasaannya menerusi media sosialnya.

    “Salam brader. Lu Kalau nak tolong orang jangan nak korek corek kisah silam siapa siapa. Gua tak tahu la lu siapa tapi jaga lu punya adab.

    “Diaorang gelandangan, penagih ke, pengemis ke, lu kalau nak buat kerja kebajikan ini bukan caranya.

    “Jangan jatuhkan maruah orang, semangat orang, pendirian orang, nasib orang. Kalau lu rasa lu dihantar Tuhan untuk ‘tolong’ orang susah sekarang, Allah juga boleh kasi lu susah. Kasi lu ingat sikit,” tulisnya di Instagram.

    Terdahulu, video yang tular hari ini mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk dalam kalangan selebriti antaranya Yana Samsudin, Sherry Ibrahim dan Uyaina Arshad.

    Mereka kecewa dengan sikap lelaki terbabit dan mengecam perlakuannya yang dianggap biadap, sekali gus menjatuhkan air muka warga emas berusia 64 tahun itu.

    Rakaman video yang tular itu menunjukkan lelaki itu sedang mempersoalkan warga emas berkenaan adakah dia menyesal kerana tidak berusaha dan malas sewaktu muda sehingga menjadi gelandangan.

    Difahamkan, individu terbabit bersama beberapa rakan ke pusat transit gelandangan itu untuk menyampaikan bantuan sebelum mengambil kesempatan menyampaikan ceramah motivasi kepada gelandangan. – Agensi

    Aaron meluahkan perasaan marahnya menerusi media sosialnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda