Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron Ramsey kembali ke Cardiff

    LONDON, 16 JULAI – Ramsey, yang pulang ke Wales dari pasukan Nice di Perancis, membuat 22 penampilan untuk Cardiff sebagai pemain remaja dan enam kali semasa dipinjamkan dari Arsenal pada 2011. Dia kekal menjadi pemain termuda pasukan The Bluebirds.

    Pemain tengah berusia 32 tahun itu turut beraksi untuk Cardiff semasa kekalahan dalam pusingan akhir Piala FA 2008 di tangan Portsmouth sebelum memenangi kejohanan itu tiga kali bersama Arsenal.

    Dia kemudian menambah koleksi gelaran Serie A dan Coppa Italia bersama Juventus dan menjulang Piala Scotland semasa dipinjamkan ke kelab gergasi Glasgow, Rangers sebelum berhijrah ke Nice.

    Dia beraksi di final Liga Europa bersama Arsenal, di mana dia membuat lebih 350 penampilan, dan Rangers dan untuk Wales di dua Kejohanan Eropah dan sekali di Piala Dunia.

    Tetapi dia kini kembali di Cardiff, yang beraksi di divisyen dua liga kejohanan, susulan laporan mengatakan dia menolak tawaran lumayan untuk meneruskan kariernya di Arab Saudi.- AFP

    Reaksi Aaron Ramsey semasa beraksi untuk pasukan kebangsaan Wales.- Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda