Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Aaron-Woi Yik mahu kekal momentum jelajah Eropah

    KUALA LUMPUR, 4 OKT – Pasangan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tahu mereka akan menjadi buruan selepas merangkul gelaran juara dunia pada Ogos lepas, dan pihak lawan sudah pasti akan berusaha menganalisis corak permainan mereka.

    Dengan Terbuka Denmark yang akan menjadi kejohanan pertama sejak memenangi gelaran sulung mereka dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF 2022 di Tokyo, Jepun, Wooi Yik percaya dua kejohanan Eropah berturut-turut (termasuk Terbuka Perancis) akan menjadi ‘ujian litmus’ buat mereka dari segi mengawal emosi untuk mengatasi musuh di gelanggang.

    “Sejak beberapa minggu lepas, kami cuba mengubah strategi dan taktik kerana saya percaya beregu lain akan mengkaji permainan kami selepas kejohanan dunia.

    “Saya harap Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis akan menjadi pentas untuk membuktikan yang kami mampu mengawal emosi di dalam gelanggang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi latihan di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...