Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron-Wooi Yik bakal berdepan gandingan dunia

    KUALA LUMPUR, 15 JULAI – Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk melepasi saingan peringkat kumpulan acara badminton di Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

    Berdasarkan undian hari ini, Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking kelima dunia diundi dalam Kumpulan A bersama pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, Ben Lane-Sean Vendy dari England dan beregu Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura.

    Pasangan China dijangka menjadi halangan terbesar gandingan negara berdasarkan rekod pertemuan yang berpihak kepada Wei Keng-Wang Chang, manakala laluan lebih mudah jika Aaron-Wooi Yik berjaya mengetepikan Lane-Vendy dan Adam-Yakura.

    Rekod pertemuan dengan Lane-Vendy menyaksikan beregu negara menang empat kali daripada lima pertemuan dengan Lane-Veny yang menghuni ranking ke-32 dunia.

    Juara dunia Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan pula diundi dalam Kumpulan B bersama wakil tuan rumah, Christo Popov-Toma Junior Popov, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren (Thailand) dan Ondrej Kral-Adam Mendrek (Republik Czech). 

    Pilihan ketiga dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pula bakal berdepan saingan sengit pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto selepas diundi dalam Kumpulan C bersama Lucas Corvee-Ronan Labar dari Perancis dan beregu Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel. – Bernama

    Aaron (kiri), dan Wooi Yik semasa sidang media Pra Pertandingan Sukan Olimpik Paris 2024 di Petronas Akademi Badminton Malaysia pada 10 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda