Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron-Wooi Yik bakal bertemu Yew Sin-Ee Yi, rebut slot suku akhir

    KUALA LUMPUR, 23 OKT – Kempen beregu lelaki Malaysia dalam Kejohanan Badminton Terbuka Perancis 2025 bermula cemerlang apabila dua gandingan Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin–Teo Ee Yi, mara ke pusingan 16 terbaik, sekali gus bakal bertemu sesama sendiri bagi merebut tempat ke suku akhir.

    Dalam aksi di Arena Glaz, Cesson-Sevigne, gandingan utama Malaysia, Aaron-Wooi Yik menampilkan permainan tenang untuk menewaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, 21-15, 26-24.

    Sementara itu, Yew Sin-Ee Yi turut menunjukkan prestasi meyakinkan apabila mengatasi wakil India, Pruthvi Krishnamurthy Roy-Sai Pratheek K., 21-18, 21-13 pada pusingan pertama.

    Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Aaron-Wooi Yik yang kini menghuni ranking kedua dunia mempunyai kelebihan dengan enam kemenangan daripada sembilan pertemuan menentang rakan sepasukan mereka itu. – Bernama

    Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik semasa Kejohanan DAIHATSU Indonesia Masters 2025 di Jakarta, Indonesia pada 24 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda