Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron-Wooi Yik buka langkah kanan di Shenzhen

    KUALA LUMPUR, 19 NOV – Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bermula langkah kanan di Masters China 2024 apabila mara ke pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Shenzhen hari ini.

    Pada aksi pusingan pertama di Gimnasium Shenzhen, pilihan kelima kejohanan yang dalam usaha menghidupkan peluang ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China, bulan hadapan, mudah mengetepikan cabaran wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin dengan keputusan straight set, 21-12, 21-18.

    Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik yang juga ranking kelima dunia bakal membuat pertemuan menentang beregu senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, yang turut mara selepas menewaskan gandingan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul 21-19, 21-15.

    Turut mara, beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selepas menewaskan Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan dari Taiwan dengan kemenangan 21-23, 21-9, 21-12 dalam masa 58 minit.

    Tang Jie-Ee Wei akan menentang pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue atau wakil China, Zhou Zhi Hong-Bao Li Jing dalam pusingan 16 terakhir. – Bernama

    Aksi Aaron Chia dan Wooi Yik ketika semasa perlawanan penentuan pingat gangsa acara badminton pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle pada 4 Ogos lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda