Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron-Wooi Yik layak ke suku akhir Terbuka Singapura

    SINGAPURA, 29 MEI – Pasangan beregu badminton Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaga mengatasi badi kekalahan mereka terhadap pasangan Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dari Jepun di Terbuka Singapura sekali gus menempah tempat ke suku akhir.

    Pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024 itu menang 21-18, 24-26, 21-12 dalam perlawanan sengit di Stadium Tertutup Singapura, mengulangi semula pertemuan pada Final Masters Malaysia bertemu rakan sepasukan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun.

    Aaron berkata mereka berjaya mengatasi gangguan emosi akibat kekalahan terkini kepada pasangan sama di Piala Sudirman, yang telah menjejaskan permainan mereka pada set kedua.

    “Pada set kedua, kami ada beberapa mata kemenangan tetapi gagal menyudahkannya. Dalam set ketiga, jurulatih banyak beri motivasi dan menaikkan semangat kami,” katanya kepada media.

    Aaron berkata selepas set kedua, jurulatih Herry Iman Pierngadi meminta mereka melupakan masa lepas dan fokus kepada permainan hari ini.

    “Sekurang-kurangnya kami telah mengesahkan satu slot ke separuh akhir untuk Malaysia.

    Kami akan anggap perlawanan seterusnya seperti perlawanan latihan,” tambahnya ketika ditanya mengenai perlawanan seterusnya menentang Wei Chong dan Kai Wun. – Bernama

    Pasangan beregu badminton Malaysia, Aaron-Wooi Yik, ketika beraksi dalam Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2025 pada 24 Mei. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda