Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron-Wooi Yik lonjak ke kedudukan ketiga dunia

    KUALA LUMPUR, 20 MEI – Gandingan Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memperbaharui ranking apabila melonjak ke tangga ketiga dunia berbanding kedudukan kelima, berdasarkan kemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

    Peningkatan itu susulan kejayaan Aaron-Wooi Yik muncul juara Terbuka Thailand 2025 pada Ahad lepas dengan mengumpul 83,170 mata untuk berada di belakang beregu profesional Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dengan 91,090 mata.

    Gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen kekal mengungguli ranking utama dunia.

    Beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah pula kekal di kedudukan keempat dengan 82,466 mata di belakang pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee yang mengumpul 87,500 dan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun kedua dengan 92,932 mata.

    Pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning unggul di ranking utama setelah mengumpul 103, 734 mata.

    Pada aksi final Terbuka Thailand 2025, Aaron-Wooi Yik muncul juara kejohanan Super 500 itu selepas mengalahkan Wiiliam Kryger Boe-Christian Faust Kjaer dari Denmark 20-22, 21-17, 21-12 manakala Pearly-Thinaah merangkul gelaran pertama mereka musim ini selepas menewaskan wakil Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo 21-16, 21-17. – Bernama

    Soh Wooi Yik (kiri) dan Aaron Chia (kanan) meraikan kejayaan memenangi satu mata menentang pemain Denmark pada kejohanan badminton Terbuka Thailand 2025 di Bangkok pada 18 Mei. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda