Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron-Wooi Yik mara ke final terbuka Singapura

    KUALA LUMPUR, 1 JUN – Beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terus mempamerkan aksi konsisten apabila mara ke pentas final buat kali keempat berturut-turut musim ini selepas menundukkan gandingan utama India dalam aksi separuh akhir Terbuka Singapura 2025, semalam.

    Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, pasangan nombor tiga dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 19-21, 21-10, 21-18 dalam pertarungan selama 64 minit.

    Kejayaan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik meneruskan rentak cemerlang selepas mara ke final Kejohanan Badminton Asia (ABC) pada Mac, Terbuka Thailand (18 Mei) dan Masters Malaysia minggu lalu.

    Pasangan itu kini selangkah lagi untuk merangkul gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara di ABC dan Terbuka Thailand.

    Dalam aksi final hari ini, mereka akan berdepan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae yang menempah slot ke pentas akhir selepas menundukkan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-17, 21-16.

    Sementara itu, Wooi Yik menyifatkan aksi separuh akhir menentang pasangan India sebagai perlawanan berkualiti tinggi yang menuntut tumpuan sepenuhnya sepanjang permainan.

    Beliau berkata mereka tidak boleh leka walaupun mendahului kerana lawan memiliki pelbagai strategi dan setiap mata amat kritikal. – Bernama

    Aksi Aaron (kanan) dan Wooi Yik semasa Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2025 di Stadium Tertutup Singapura pada 30 Mei. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda