KUALA LUMPUR, 12 DIS – Kejayaan cemerlang beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Sukan Olimpik Paris 2024 melayakkan mereka dinobatkan pemenang Olimpian Tahunan pada Malam Anugerah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke-27. Anugerah berkenaan mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam aksi penentuan tempat

