Saturday, November 16, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron-Wooi Yik pertahan gangsa

    PARIS, 5 OGOS – Beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya bangkit dari ambang kekalahan untuk mempertahankan pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024, hari ini.

    Pada aksi penentuan gangsa yang penuh dramatik di Porte de La Chapelle Arena, mereka mengatasi Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 16-21, 22-20, 21-19 untuk mengekalkan status mereka selaku penyandang gangsa.

    Terdahulu, juara dunia 2022 itu bermula sedikit goyah apabila melakukan banyak kesilapan mudah yang mengakibatkan mereka tewas di set pertama.

    Beregu di ranking ketiga dunia itu kemudian bangkit dari ketinggalan 16-20 untuk menyamakan kedudukan 20-20, sebelum menang 22-20 sekali gus menghidupkan kembali peluang meraih gangsa pada set penentuan.

    Pada set ketiga, Aaron-Wooi Yik yang menghadapi tentangan sengit berjaya mengatasi beregu nombor dua dunia itu pada set ketiga untuk mengekalkan pingat gangsa dimenangi mereka pada edisi lepas.

    Aaron-Wooi Yik terlepas peluang untuk menukar warna pingat ke emas atau perak, selepas tewas 19-21, 21-15, 17-21 kepada beregu utama dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China dalam pertarungan separuh akhir yang sengit pada Jumaat. – Bernama

    Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya bangkit dari ambang kekalahan untuk mempertahankan pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda