Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron-Wooi Yik tewas di tangan regu Jepun

    KUALA LUMPUR, 13 DIS – Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan langkah kiri setelah tewas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada aksi pembukaan Kumpulan A di Hangzhou, China hari ini.

    Kedua-dua gandingan itu menampilkan permainan seimbang pada awal permainan menyaksikan mereka terikat 5-5, namun Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking ketiga dunia gagal menyaingi konsistensi pihak lawan sekali gus membolehkan pasangan dari Jepun itu meraih kemenangan set pertama 21-16.

    Tumpas di set pembukaan, gandingan Aaron-Wooi Yik kemudian bangkit bertenaga pada set kedua untuk melakar kemenangan 21-14 ke atas beregu ranking ketujuh dunia itu.

    Di set penentuan, Aaron-Wooi Yik ketinggalan 8-11 sebelum berjaya mengikat kedudukan 15-15, tetapi mereka gagal mengekalkan rentak permainan sekali gus tumpas 18-21 dalam pertarungan selama 62 minit. – Bernama

    Aaron (kiri), dan Wooi Yik dari Malaysia ketika beraksi dalam perlawanan suku akhir badminton beregu lelaki di Asian Games ke- 19 di Hangzhou, China, pada 5 Oktober. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda