Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron-Wooi Yik tidak terburu-buru sasar emas

    KUALA LUMPUR, 29 SEPT – Juara dunia beregu lelaki 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tidak mahu terburu-buru dalam meletakkan sasaran emas pada temasya Olimpik Paris 2024.

    Sebaliknya, Aaron berkata mereka yang merupakan pemenang gangsa Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun mahu menumpukan untuk melayakkan diri ke Paris terlebih dahulu, sebelum meletakkan sasaran menghadiahkan pingat emas sulung negara di temasya sukan berprestij itu.

    “Tanya ia siapa pun sudah semestinya mereka mensasarkan emas, tapi dapat atau tidak lain cerita jadi kami mahu lakukan yang terbaik.

    “Tahun depan ada kejohanan kelayakan untuk Olimpik, jadi kami perlu layak dulu kerana jika tidak layak pun tidak ada gunanya,” kata Aaron dalam satu sesi bersama peminat secara dalam talian di Facebook hari ini.

    Dalam pada itu, Wooi Yik pula berkata perjalanan panjang perlu diharungi mereka untuk beraksi di Paris itu juga perlu disertakan de-ngan sokongan peminat badminton tanah air. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda