Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ab Ghani Presiden MFL baharu

    KUALA LUMPUR, 16 OGOS – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan pemilihan Datuk Ab Ghani Hassan sebagai peresiden baharu badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M) bagi menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.

    Pemilihan yang telah dijangka itu menyaksikan Ab Ghani terpaksa melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) disandangnya, namun akan memangku posisi itu sehingga MFL mengumumkan CEO baharu dalam tempoh terdekat.

    MFL dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemilihan itu dibuat menerusi persetujuan sebulat suara Ahli Lembaga Pengarah MFL hasil daripada mesyuarat khas secara dalam talian hari ini, selepas menerima surat peletakan jawatan daripada Hamidin bertarikh 12 Ogos lalu. 

    “Pemilihan Ab Ghani sebagai presiden MFL baharu dilihat sebagai satu langkah dinamik memandangkan beliau sendiri merupakan CEO MFL dan lebih arif dalam sistem pengurusan Liga Malaysia,” kata Ahli Lembaga Pengarah MFL Joehari Ayub dalam kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda