Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Abadikan Permataku untuk arwah anak

    Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat tidak berputus asa berusaha untuk mendapatkan cahaya mata selepas pemergian anak sulung, Allahyarham Khairul Afnan selepas tiga hari dilahirkan, September tahun lalu.

    Namun, buat masa ini, penyanyi lagu Hanya NamaMu itu tidak mahu menekan isterinya, Nazira Muhammad kerana enggan emosi terus terganggu disebabkan masih bersedih atas kehilangan cahaya matanya itu.

    “Kami akan terus mencuba mendapatkan cahaya mata, jadi, tiada istilah berputus asa. Kami tiada halangan untuk mendapatkan anak lagi.

    “Cuma, saya tidak mahu terburu-buru, isteri pula belum bersedia selepas pemergian arwah Khairul Afnan.

    “Kesedihan saya selama ini lebih kepada mengenangkan isteri. Dia tidak boleh tidur nyenyak apabila kehilangan arwah.

    Azmi Saat tidak mahu menekan isterinya kerana enggan emosi terus terganggu disebabkan masih bersedih atas kehilangan cahaya mata sulungnya tahun lalu. – Agensi

    “Selepas pengebumian arwah, isteri banyak mengigau mengenangkannya. Jadi, peranan saya menenangkan perasaannya,” katanya kepada media.

    Azmi berkata, kali terakhir menyuarakan hasrat mendapatkan anak, awal tahun ini, tetapi Nazira belum bersedia untuk berbicara mengenainya.

    “Saya takut juga nak suarakan mengenai anak. Secara kebetulan, adalah rezeki lebih sedikit, jadi terfikir buat rawatan kesuburan atau minta pandangan doktor apa yang boleh dibuat sebab kami masih ada peluang.

    “Jika isteri tidak pernah mengandung, mungkin saya tak kisah sangat. Tetapi, isteri pernah bersalin, jadi saya fikir bila ada rezeki sedikit, kos bukan masalah.

    “Namun, isteri kata belum bersedia dan saya terus melupakannya. Kami berusaha macam biasa sahaja, kalau ada, adalah…,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharu berjudul Permataku.

    Katanya, single Permataku diabadikan kepada arwah anak yang pernah singgah dalam hidup mereka walau seketika.

    Azmi berkata, single Permataku dicetuskan selepas pemergian arwah Khairul Afnan. Single solo keempat itu ciptaan komposer, Ajai dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya dirakamkan pada November, tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...