Wednesday, December 7, 2022
31.3 C
Brunei

-

Abang Johari bentang belanjawan Sarawak 2023

KUCHING, 21 NOV – Belanjawan Sarawak 2023 dijangka menjana lebihan RM238 juta dengan unjuran hasil RM11.035 bilion dan jumlah perbelanjaan biasa berjumlah RM10.797 bilion.

Ketika membentangkan belanjawan itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata belanjawan itu akan terus berkembang dan melabur banyak dalam infrastruktur dengan kesejahteraan rakyat sebagai terasnya.

“Secara ringkasnya, belanjawan Sarawak 2023 adalah pelan hala tuju yang strategik, komprehensif dan bersepadu untuk Sarawak pada masa hadapan. Walaupun proses perjalanannya mungkin tidak mudah, saya yakin kita boleh mengatasinya,” katanya.

Belanjawan yang dicadangkan ber-temakan “Sarawak First: Towards an Inclusive, Prosperous and Harmonious Society” (Sarawak Didahulukan: Ke arah masyarakat yang inklusif, makmur dan harmoni) adalah berpaksikan kepada lima prinsip antaranya termasuk membangunkan ekonomi yang lebih berdaya tahan, berdaya saing dan saksama.

Abang Johari berkata 48 peratus atau RM5.246 bilion daripada unjuran hasil tahun depan akan diperoleh daripada cukai, royalti, premium, tarif, sewa tanah dan lain-lain manakala hasil bukan cukai berjumlah RM5.498 bilion.

Abang Johari berkata ekonomi Sarawak bagi tahun ini dijangka berkembang antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus menerusi sokongan permintaan luar yang kukuh dan peningkatan dalam aktiviti ekonomi domestik. – Bernama

Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempamerkan kenyataan media berkenaan kerajaan campuran dengan Perikatan Nasional kepada wartawan pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -