Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abang Michael Jackson meninggal dunia

    Anggota kumpulan Jackson 5 yang juga abang kepada mendiang Michael Jackson, Tito Jackson meninggal dunia pada usia 70 tahun, pada Isnin.

    Khabar duka itu disahkan ketiga-tiga anaknya, Taj, Taryll dan TJ menerusi Instagram, baru-baru ini.

    “Kami terkejut, kecewa dan sedih.

    “Bapa kami merupakan lelaki yang hebat yang prihatin terhadap orang lain.

    “Mendiang akan selamanya dirindui,” tulis mereka dalam kenyataan.

    Tito merupakan lelaki yang hebat yang prihatin terhadap orang lain. – Utusan Malaysia

    Memetik laporan Utusan Malaysia, punca kematian penyanyi itu sehingga kini masih belum disahkan.

    Mendiang berada di Munich untuk membuat persembahan bersama anggota Jackson 5 yang lain antaranya Jackie, Jermaine dan Marlon.

    Jackson 5 ditubuhkan pada tahun 1964 dengan Tito berperanan sebagai pemain gitar dan penyanyi latar.

    Tito, beberapa hari sebelum kematiannya, sempat menziarahi memorial Michael di Munich.

    “Kami bersyukur kerana adanya tempat istimewa yang memberi penghormatan buat memori dan legasi Michael.

    “Terima kasih kerana terus menghidupkan semangatnya,” tulisnya dalam media sosial. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda