PARIS, 18 SEPT – Abang kepada Paul Pogba telah didakwa dan ditahan atas dakwaan memeras ugut bintang bola sepak Perancis itu, kata sumber yang rapat dengan kes itu pada Sabtu.
“Kami akan mencabar keputusan ini,” peguam Mathias Pogba, Yassine Bouzrou, memberitahu penyiar Perancis BFMTV, menegaskan bahawa anak guamnya tidak melakukan kesalahan jenayah.
Sumber kehakiman berkata, empat orang lain yang ditahan dan disoal siasat berhubung kes itu, berumur antara 27 dan 36 tahun, juga telah didakwa dan ditahan.
Kelima-lima mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa sejak Selasa dan Rabu.
Mathias Pogba, 32, mengakui berada di sebalik video pelik yang disiarkan dalam talian pada 27 Ogos yang menjanjikan “pendedahan hebat” mengenai pemain Juventus
dan ahli pasukan kebangsaan Perancis itu.
Empat yang lain semuanya rapat dengan adik-beradik Pogba. – AFP
