Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abbas cuba kukuh kuasa

    RAMALLAH, 29 April – Parlimen Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) akan bersidang esok buat pertama kali dalam beberapa dekad, ketika Presiden Mahmud Abbas berusaha untuk mengukuhkan kekuasaannya sebelum kedutaan Amerika Syarikat (AS) berpindah ke Baitulmaqdis.

    Penganalisis berkata, mesyuarat tiga hari Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) di bandar Ramallah, Tebing Barat tidak mungkin menghasilkan perubahan dasar utama, tetapi ia akan memilih 18 anggota jawatankuasa eksekutif PLO yang secara efektif membentuk kabinet Abbas.

    Lebih 100 daripada 740 anggota tidak akan hadir, termasuk berpuluh-puluh yang lain berpakat dengan Hamas, parti Palestin terbesar selepas Fatah yang dipimpin Abbas, telah menandatangani surat bagi menentang mesyuarat itu.

    Semalam, Hamas telah menggesa Abbas untuk menangguhkan perhimpunan itu sehingga perpaduan dicapai antara puak-puak yang bertikai.

    Persidangan itu diadakan ketika hubungan antara Abbas dan pentadbiran Presiden AS Donald Trump telah terjejas sebelum pemindahan berkontroversi kedutaan AS, yang dijangka dibuka di bandar terbahagi, bandar suci Baitulmaqdis pada 14 Mei.

    Di Gaza yang ditadbir Hamas, lebih 40 orang Palestin telah terbunuh akibat terkena tembakan Israel sejak 30 Mac.

    Sementara itu, PNC sudah lama tidak mengadakan sesi tetap sejak 1996, dan terakhir mengadakan sesi khas pada tahun 2009.

    Sidang itu dijangka bermula malam esok dengan ucapan panjang daripada Abbas, 82 tahun, yang akan berucap mengenai langkah kedutaan itu, antara topik yang lain. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda