Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Abbas gesa dunia sokong Palestin

    KAHERAH, 12 FEB – Presiden Palestin, Mahmud Abbas hari ini menuduh Israel telah ‘melampaui batas’ dalam tindakannya di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis, dan menggesa pemimpin dunia supaya menghentikan perbuatannya.

    Komuniti antarabangsa mesti ‘melindungi’ penduduk Palestin dan ‘menghentikan penindasan Israel serta tindakan satu pihak,” beritahu pemimpin Pihak Berkuasa Palestin pada mesyuarat Liga Arab di Kaherah.

    “Sifat enggan berkompromi dan amalan Israel telah melampaui batasan,” katanya pada perhimpunan yang dihadiri oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan Raja Jordan Abdullah II.

    Tahun lalu merupakan tahun paling teruk di Tebing Barat sejak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mula menjejaki mangsa korban di wilayah itu pada 2005.

    Konflik Israel-Palestin telah melihat sekurang-kurangnya 43 penduduk Palestin – termasuk penyerang, pemisah dan orang awam – terbunuh pada tahun ini, menurut angka AFP. – AFP

    Presiden Palestin Mahmud Abbas bercakap semasa Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah kelmarin. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...