Saturday, September 21, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abby Abadi guna cara sihat untuk kurus

    Gara-gara kelihatan semakin langsing, ada yang beranggapan pelakon Abby Abadi menggunakan cara tidak sihat untuk mendapatkan berat badan itu.

    Menjawab mengenai perkara itu, Abby atau Arbaiyah Abdul Rahman, 47, mengakui dia pernah melakukan pembedahan bariatrik sekitar tahun 2020.

    Namun pembedahan berkenaan dianggap tidak berjaya kerana dia tidak menjaga pemakanan dan melakukan senaman seperti disarankan doktor.

    “Saya buat bariatrik sebelum Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan saya gagal sebab mengharapkan keajaiban kurus! Padahal kalau tak jaga saya turun sikit saja,” katanya menurut mStar.

    Abby berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Jumaat yang turut memaparkan dirinya pernah memiliki badan berisi suatu ketika dahulu.

    Abby akui pernah lakukan pembedahan bariatrik. – mStar

    Abby bagaimanapun meluahkan rasa kecewa apabila perubahan dirinya ketika ini mengundang pelbagai tanggapan negatif ramai.

    Kata Abby, kali ini dia mendapatkan berat badan yang ideal dengan cara yang sihat sekali gus menyangkal tuduhan warganet.

    “Ini sudah bertahun-tahun saya buntat, dua tahun kebelakangan ini berat saya dekat 80 kilogram. Tiada siapa pun peduli.

    “Bila kita kurus sebab jaga makan, buang nasi, buang gula sebab bersenam sebab detox tiba-tiba ada yang muncul komen menghentam. Macam iri sangat kenapa macam itu?” luahnya.

    Dalam pada itu, Abby berharap perkongsiannya itu dapat dijadikan inspirasi untuk orang ramai mendapatkan badan yang diidamkan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda