Saturday, December 28, 2024
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abby Abadi kena ‘scam’ lagi apabila tertipu beli akaun TikTok

    Pelakon Abby Abadi mendedahkan dia sekali lagi menjadi mangsa penipuan atas talian selepas membuat transaksi pembelian sebuah akaun TikTok.

    Berkongsi mengenai taktik penipuan individu berkenaan, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata ia dipercayai dilakukan di luar negara namun menggunakan e-dompet di Malaysia.

    “Scammer dari luar negara, tetapi menggunakan e-wallet Malaysia. Cara dia membalas mesej seperti orang Malaysia.

    “Lepas buat pembayaran, tiba-tiba akaun (dibeli) log out selepas saya daftar masuk,” katanya kepada mStar.

    Abby bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerugian yang dialami.

    Sebelum itu, Abby juga ada berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram.

    Menurut Abby, dia terperangkap dalam penipuan ini disebabkan sikapnya mudah terpengaruh dan terlalu cepat mempercayai orang.

    Lebih membuatkan dia yakin apabila sudah berhubung dengan individu berkenaan bagi berbincang secara terperinci mengenai jual beli tersebut.

    “Senang sangat terpengaruh. Nak cepat sangat pengikut ramai dekat TikTok. Tidak semudah itu ya. Kena scam rupanya.

    “Kita pun bukan senang nak percaya. Minta tukar e-mel dan kata laluan. Dah tukar baru buat bayaran,” ujarnya.

    Menerusi hantaran yang dimuat naik, Abby turut berkongsi perbualan serta gambar profil akaun berkenaan

    Dia juga telah membuat laporan ke atas syarikat pengendali e-dompet berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut sekiranya benar dirinya menjadi mangsa.

    “Suami saya sudah buat laporan dan perlu menunggu. Menurut pihak berkenaan duit sudah terlepas ke individu tersebut,” jelasnya. – Agensi

    Abby telah pun membuat laporan kepada pihak sepatutnya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda