Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abby Abadi kongsi luahan hubungan toksik

    Perkongsian pelakon dan penyanyi Abby Abadi di laman sosial miliknya sekali lagi mencuri tumpuan ramai, apabila satu hantaran Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berharap agar anaknya dapat diselamatkan daripada terus terlibat dalam sebuah hubungan yang tidak sihat. 

    Menurut laporan mStar, Abby doakan anaknya berjaya keluar daripada hubungan toksik itu.

    “Anak saya perlu diselamatkan daripada hubungan toksik itu,” tulisnya. 

    Abby menulis perkara tersebut di Instastory miliknya berserta tangkap layar sebuah ungkapan tentang kuasa berdoa. 

    Perkongsian itu juga ditujukan kepada mereka yang sering bercakap buruk tentang dirinya.

    “Tulis di sini supaya ‘acik-acik’ yang maki hamun sepanjang zaman itu puas hati. Cepat doakan sama,” tegasnya. 

    Dalam hantaran yang di kongsikan, Abby tidak menyebut sebarang nama namun dipercayai berkaitan perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim bersama Ahmad Aslam. 

    Sebelum ini Abby memuat naik beberapa tangkap layar komen netizen yang menasihatkan Marissa supaya meninggalkan kehidupan poligami dan memulakan lembaran baharu.

    Malah, tidak kurang juga yang lantang menyuarakan pendapat, pada usia yang masih muda dengan rupa paras menawan, Marissa seharusnya menikmati peluang membina masa depan lebih cerah dan bukannya terikat dengan gelaran isteri nombor dua.

    Abby sendiri dilihat bersetuju dengan Pandangan itu, malah membalas komen netizen dengan menyarankan agar Marissa mencari jodoh lain, asalkan bukan milik orang.- Agensi

    Abby sebelum ini pernah menyebut tentang hubungan perkahwinan Marissa. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda