Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abby Abadi pilih watak bernilai di sisi Allah

    Semakin sibuk dengan urusan perniagaan, pelakon Malaysia, Abby Abadi dilihat sudah jarang muncul di mana-mana drama di televisyen.

    Memetik laporan mStar, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, menjawab pertanyaan peminat dengan berkata bahawa beliau akan kembali berlakon sekiranya ditawarkan watak yang membawa kepada keredhaan Allah S.W.T.

    “InsyaAllah kalau ada tawaran watak-watak yang bernilai di sisi Allah, saya terima.

    “Kalau tak ada kita berniaga sajalah. Kita pun tak naklah kalau sibuk nak shooting balik terutama drama panjang-panjang.

    “Banyak pantang larang, nanti buat orang benci pula dengan kita kan?,” katanya.

    Abby berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang kelmarin.

    Dalam hantaran tersebut memaparkan beliau sedang menjalani penggambaran bersama anak ketiganya iaitu Maria Danisha.

    Kata Abby, penggambaran tersebut berjalan dengan lancar namun melihat lebih ramai muka-muka baharu yang bekerja di balik tabir.

    “Produksi seronok, pengarah dan krew baik. Tapi semua tak kenal dah.

    “Sebab lama dah kita tak shooting, tak kenal dah semua orang,” kongsinya.

    Beliau juga memberitahu lebih selesa untuk melakukan sesuatu yang disukai iaitu berniaga sekali gus mendapat redha Allah.

    “Baik kita usaha buat apa yang kita suka, yang penting Allah redha.

    “Doakan yang baik-baik untuk semua okay, semua pengakhiran yang baik Allah izinkan untuk kita semua,” katanya.

    Sebelum ini, Abby memaklumkan beliau menolak tawaran berlakon kerana sering diberikan watak sebagai ibu. – Agensi

    Abby Abadi kini lebih memilih dalam watak lakonannya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda