Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    ABDB adakan Kejohanan Lumba Basikal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan mengadakan Acara Kejohanan Lumba Basikal secara inter-service bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-58 tahun (HUT ABDB 58) pada hari Ahad, 1 September ini.

    Acara berbasikal tersebut akan bermula pada pukul 4:59 pagi dan dijangka selesai pada pukul 11:15 pagi.

    Laluan perlumbaan sejauh 105 kilometer tersebut adalah meliputi Kawasan Perkhemahan Lumut, lampu trafik Sungai Liang, Lebuh raya Telisai Lumut, lampu trafik Sungai Liang, Jejambat Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Bukit Beruang, pusing keliling RPN Kampung Bukit Beruang, Anduki, lampu trafik Seria, Mumong, pusing keliling Pekan Belait (Teapot Roundabout), Seria by-pass dan kembali ke Perkhemahan Lumut.

    Di sepanjang perlumbaan tersebut, para pelumba basikal dinasihatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dan orang lain.

    Para pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan meningkatkan kewaspadaan semasa memandu, mematuhi had laju dan mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna jalan raya lainnya.

    Para pengguna turut disarankan agar jangan memandu terlalu dekat dengan pelumba basikal.

    Gambar menunjukkan laluan yang akan digunakan semasa kejohanan lumba basikal itu nanti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda