Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 27 April – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Penanjong, Takmir Masjid Kampung Penan-jong dan pengawasan kejiranan telah mengadakan kempen membersihkan Masjid Kampung Penanjong, pagi tadi.
Kempen berkenaan diadakan sebagai salah satu aktiviti dan kegiatan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun IL ABDB ke-49 tahun.
Turut hadir semasa kempen itu ialah Ketua Kampung Penanjong Tutong, Haji Jumat bin Haji Kadir sementara itu, IL ABDB pula diketuai oleh 14129 PW2, Awang Sahlan bin Haji Majid dan melibatkan seramai 30 orang dari Sekolah Infantri IL ABDB, Penanjong Garison.
