Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    ABDB adakan Majlis Khatam Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Sempena Ulang Tahun Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-11, satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Surau Ad-Difa, Bolkiah Garrison hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Ketua Staf ABDB, Kolonel Haji Abdul Hadi bin Haji Saim.

    Juga hadir sama ialah pengarah-pengarah, timba-lan-timbalan pemerintah ABDB, timbalan-timbalan komandan, pegawai-pegawai dan kakitangan tentera dan awam Jabatan Agama ABDB.

    Majlis terdahulunya dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti dengan menunaikan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan seterusnya takhtim dan Dikir Marhaban.

    Majlis tersebut juga diselajurkan dengan solat Fardu Isyak yang ditunaikan secara berjemaah.

    Antara yang menyertai majlis tersebut.
    Antara yang menyertai majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda