BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) akan mengadakan satu latihan keselamatan di kawasan ibu negara esok, 20 Februari hingga 21 Februari.
Menurut kenyataan dari Kementerian Pertahanan, hari ini, kawasan yang digunakan bagi latihan tersebut adalah Jalan Elizabeth Dua, Jalan Stoney, Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien, Jalan Istana Darussalam, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Jalan Sumbiling dan Jalan Dato Ibrahim.
Sehubungan itu, orang ramai adalah diminta untuk memberikan kerjasama, agar tidak mendekati kawasan latihan tersebut, bermula esok jam 11 malam sehingga 21 Februari jam 2 pagi.
Orang ramai juga adalah dinasihatkan agar tidak merasa cemas atas kehadiran anggota tentera dan polis di kawasan tersebut.
Di samping itu juga, orang ramai juga adalah dinasihatkan supaya tidak mengambil gambar sepanjang latihan keselamatan tersebut dijalankan.