Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ABDB prihatin kebajikan anak yatim

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Kebajikan anak-anak yatim terus diberikan perhatian dengan 122 orang anak yatim daripada 66 keluarga anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah kembali ke rahmatullah diraikan dalam Majlis Sentuhan Kasih Ramadan anjuran ABDB di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba, hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan bagi menyampaikan sumbangan kepada para penerima ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan isteri, Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Isteri-isteri ABDB (BAKTI), Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini.

    Turut hadir ialah pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan pemangku pemerintah angkatan bersama ABDB berserta isteri masing-masing, para pegawai kanan ABDB dan keluarga anak-anak yatim.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Japar dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis diakhiri dengan penyampaian derma kepada para penerima.

    Majlis Sentuhan Kasih Ramadan itu merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh ABDB pada bulan Ramadan bagi mengenang jasa bakti warga ABDB yang telah kembali ke rahmatullah.

    Sumbangan merupakan hasil kutipan Tabung Kebajikan ABDB, BAKTI, anggota ABDB dan surau-surau ABDB bagi berkongsi kegembiraan dan meringankan beban anak-anak yatim dalam membuat persiapan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.

    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang anak yatim. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Datin Ummisyafinah menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda