Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ABDB serah Projek Titian Amal

    TUTONG, 25 FEB – Sebagai menandakan selesainya Projek Titian Amal bagi pembinaan bilik penyempurnaan jenazah serta pengubahsuaian Balai Ibadat Hajah Aminah, Kampung Long Mayan, Daerah Tutong, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan majlis penyerahan projek itu hari ini.

    Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada projek kemasyarakatan ABDB dan bersempena dengan Sambutan Jubli Intan ABDB.

    Menurut kenyataan yang diberikan, hadir pada majlis itu ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat yang telah menyerahkan anak kunci kepada Pemangku Ketua Kampung Long Mayan, Awang Muhammad Eddy Sufian bin Abdullah, secara rasminya menandakan selesainya projek tersebut.

    Kenyataan menjelaskan, projek tersebut memberi tumpuan kepada pembinaan bilik menyempurnakan jenazah yang baharu dan pengubahsuaian prasarana Balai Ibadat Hajah Aminah termasuk pembinaan ruang dapur dan dewan serba guna yang melibatkan anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan penduduk kampung Long Mayan.

    Titian Amal merupakan projek tahunan yang diungkayahkan bersempena dengan program kemasyarakatan Hari Ulang Tahun ABDB.

    Gambar ramai di hadapan Balai Ibadat Hajah Aminah yang telah diubahsuai menerusi Projek Titian Amal ABDB. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda