Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abdul Malik Almukkaramah raih pingat di NPC

    Oleh Fadhil Yunus – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Atlet kecergasan tempatan, Abdul Malik Almukkaramah bin Haji Mohd Yusof memulakan penampilan sulungnya pada Pertandingan Pertunjukan Serantau Semulajadi Jawatankuasa Fizik Kebangsaan (NPC) dengan kutipan tiga pingat di Royal Chulan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.

    Pertandingan yang dianjurkan oleh TNT Fitness dan Global Classic di bawah Persekutuan Liga Profesional Bina Badan dan Kecergasan Antarabangsa (IFBB) Malaysia itu disertai oleh tuan rumah Malaysia, Brunei Darussalam, Republik Korea, Jepun, Singapura, Qatar, United Kingdom, Filipina dan Thailand.

    Ahli Vertics Gym itu berjaya menggondol emas dalam kategori Fizik Klasik Lelaki A, perak dalam kategori KeseluruhanTerbuka Fizik Klasik Lelaki dan gangsa dalam kategori Fizik Lelaki Kelas B.

    Hadir bagi menyempuranakan hadiah pada acara tersebut ialah Presiden IFBB Malaysia, Hugo Chan.

    Kesemua atlet yang terlibat dalam pertandingan itu telah diuji doping sebagai tanda sokongan terhadap sukan bebas steroid dan mengamalkan gaya hidup sihat.

    Abdul Malik Almukkaramah bergambar dengan pingat yang dimenangi semasa pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN VERTICS GYM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda