Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abdul Muhaimin menang Lumba Bot Laju Lawas

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 31 DIS – Pelumba bot laju Brunei, Abdul Muhaimin bin Armaini terus mempamerkan aksi cemerlang dalam perlumbaan bot laju antarabangsa apabila dia menduduki beberapa kedudukan podium di Perlumbaan Bot Laju Lawas berikutan kemenangan mereka sebelum ini di Perlumbaan Bot Laju Sibuti, Sarawak.

    Perlumbaan selama tiga hari bermula dari 22 hingga 24 Disember di Lawas Waterfront itu dianjurkan oleh Kumpulan Kasela.

    Perlumbaan itu menyaksikan Abdul Muhaimin bertanding di bawah pasukan Raja Kerbau Gemilang Racing Team mewakili Persatuan Bot Laju Negara Brunei Darussalam (PBLBD) dalam perlumbaan tersebut.

    Dalam saingan itu, dia berjaya menduduki tempat kedua dalam perlumbaan pertama bagi Kategori 30hp 2 piston, yang telah mendorongnya untuk mencatat prestasi lebih baik lagi apabila menamatkan perlumbaan di tempat pertama dalam perlumbaan kedua bagi kategori yang sama.

    Selain itu, dia juga turut bertanding dalam Kategori 30hp 3 piston, di mana dia telah meraih tempat pertama dalam kedua-dua perlumbaan.

    Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin bin Dato Pengiran Haji Jawa.

    Abdul Muhaimin ketika menerima hadiah di akhir pertandingan. – GAMBAR SERAHAN PBLBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda