Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abdul Wafiy bawa pulang dua tiket percutian ke Korea

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Abdul Wafiy bin Haji Zulkiflee diumumkan sebagai pemenang utama Promosi ‘Power Up Your Drive’ dengan membawa pulang hadiah berupa tiket percutian untuk dua orang ke Korea pada Majlis Cabutan Hadiah Utama yang berlangsung di Pusat Servis Kia, Lambak, hari ini.

    Hadir selaku tetamu khas bagi menyempurnakan penyampaian hadiah di majlis itu, Pengarah Jualan Komersial TotalEnergies Singapura, Terry Hayashi, bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan TotalEnergies Singapura,  Cheng Zhen Lei. Turut hadir ialah Pengurus Besar Lub Enterprise,  Hendry Ang, serta Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn. Bhd., Pengiran Haji Abdul Qahar bin PSD Mejar Jeneral (B) Ibnu Basit.

    Promosi berkenaan merupakan anjuran Kia Brunei dengan kerjasama TotalEnergies, yang telah berlangsung dari 1 Julai hingga 15 Oktober 2025, dan terbuka kepada semua pelanggan yang membuat servis kenderaan Kia mereka dalam tempoh kempen tersebut.

    Pemenang Promosi ‘Power Up Your Drive’ bergambar dng tetamu khas di majlis itu. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Seramai 10 pelanggan daripada lebih 5,600 penyertaan telah di senarai pendek sebagai finalis, masing-masing dijamin membawa pulang hadiah menarik.

    Manakala hadiah kedua pula dimenangi oleh Aqmal Khalilah binti Haji Mohd Said dengan membawa pulang juga tiket percutian untuk dua orang ke Thailand, sementara hadiah tiket percutian ke Singapura untuk dua orang dimenangi oleh Dayangku Faizah binti Pengiran Mohamad Fazri.

    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Pemenang lain turut menerima pelbagai hadiah menarik termasuk Nintendo Switch, televisyen 50 inci, pembesar suara JBL, jam pintar, tablet dan telefon pintar.

    Kia Brunei dan TotalEnergies dalam kenyataan bersama merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang telah menyertai promosi tersebut serta terus memberikan sokongan terhadap kecemerlangan perkhidmatan Kia.

    Orang ramai juga digalakkan untuk mengikuti promosi dan aktiviti akan datang melalui laman rasmi Kia Brunei di Facebook, Instagram dan TikTok.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda