TOKYO, 1 Mac – Perdana Menteri Jepun terpaksa menarik balik asas utama dasar ekonomi beliau hari ini selepas data yang dikemukakan untuk menyokongnya didapati penuh dengan kesilapan.
Shinzo Abe yang berasa malu memohon maaf kepada parlimen dan ‘mengakui’ terdapat kesilapan dalam statistik yang digunakan untuk menyokong rang undang-undang itu, bahagian penting strategi beliau ‘Abenomics” untuk menyalakan semula bekas pusat kuasa ekonomi Asia itu.
Beliau telah mencadangkan perluasan sistem yang digelar ‘sistem kerja mengikut budi bicara’ yang mana para kakitangan menerima faedah bagi jumlah tetap waktu kerja lebih masa, tanpa mengira tempoh bekerja yang sebenarnya.
Ini adalah sebahagian usaha untuk mengurangkan waktu kerja yang begitu panjang di Jepun dan juga usaha untuk meningkatkan produktiviti dalam ekonomi ketiga terbesar dunia itu.
Para ahli undangan pembangkang dan juga kesatuan telah mengkritik rancangan itu dengan mengatakan kakitangan seharusnya tidak dibayar ganti rugi bagi kerja tambahan selepas had kerja lebih masa tetap.
Untuk menyokong hujah beliau, Abe merujuk data kementerian buruh yang menunjukkan waktu-waktu bekerja bagi mereka di bawah sistem kerja mengikut budi bicara mungkin lebih pendek dari kakitangan yang bekerja waktu biasa. – AFP