Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abhar Munawar Muhamad menang hadiah utama

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Abhar Munawar Muhamad muncul sebagai pemenang bertuah utama bagi cabutan bertuah Kempen Fly into 2024 anjuran Bank Standard Chartered (StanChart), dengan membawa pulang hadiah utama baucar Freme Travel bernilai $10,000.

    StanChart memberikan ganjaran kepada tujuh pemenang bertuah sebagai sebahagian daripada Kempen Fly to 2024 mereka baru-baru ini.

    Pemenang-pemenang bertuah lain, Dayang Noradzlianayati binti Haji Abdul Radzak selaku naib juara memenangi baucar Freme Travel bernilai $5,000 dan lima pemenang lain telah membawa pulang baucar Freme Travel bernilai $1,000, iaitu Jasmine Kristin Wong Mei Yik, Dayang Zariani binti Haji Abdul Wahab, Yasmin Farina Chua, Pengiran Shamsulhadi dan Neil James Heathorn.

    Promosi itu berlangsung dari 2 Januari hingga 30 April 2023, di mana pemegang kad kredit StanChart boleh mengumpul perbelanjaan kad mereka untuk mendapat peluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

    Dalam kempen tersebut, semua pemegang kad kredit StanChart yang membelanjakan sekurang-kurangnya $50 setiap perbelanjaan telah diberikan satu peluang cabutan bertuah.

    Pemegang kad kredit juga boleh meningkatkan peluang mereka apabila mereka berbelanja di perniagaan tempatan, rakan kongsi The Good Life (TGL) bank tersebut serta peniaga dalam talian dan luar negara.

    Di samping itu, bagi pemohon kad kredit baharu, mereka diberikan pula-ngan tunai 25 peratus ke atas pembelian terkumpul mereka dan tambahan 10 peluang untuk cabutan bertuah.

    Ketua Produk Runcit dan Digital Bank StanChart, Aisah Razali berkata, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang promosi Fly into 2024 kami dan terima kasih kepada semua orang kerana menggunakan kad kredit StanChart mereka untuk semua keperluan pembayaran mereka.

    “Kami sentiasa menantikan bagi mencipta promosi baharu dan menarik untuk pelanggan kami bagi memberikan ganjaran kepada mereka atas kesetiaan dan sokongan mereka,” tambahnya.

    Para pemenang bergambar ramai semasa kempen tersebut. – GAMBAR SERAHAN BANK STANCHART
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda